Resepi Azah: Hummus Kacang Kuda Paling Sedap Dimakan Dengan Roti Arab

Salam. Alhamdulillah dapat curi masa kejap untuk menulis resepi terbaikkk si Azah.

Mudah dan berpatutan!

Tak tahu nak breakfast apa, buka je peti, keluarkan hummus, cicah roti arab. As simple as makan roti sapu kaya/jem.

19895087_10155539320549686_8748872422003497198_n.jpg

Rugi anda tak try resepi hummus ni. Dah la rare, healthy food…then,  cheaper sangat2!

Sebab Azah mengidam dah lama nak makan hummus, tapi bila pergi restoran Arab, beli RM18 dapat 100gram je… Nak meratah dengan big family members memang rasa kena catu sangat! So, Azah bertekad beli kacang kuda 1kg dan rebus sendiri! Boleh simpan dalam tupperware masuk peti, jadi stok breakfast for 7 days.

Ini resepi dia! Kalau baca ni, buat tau! Jangan tak buat! Lepas tu, ambik gambar, share kat mana2 #hummusresepiazah 😛

Bahan-bahan:

  1. Kacang kuda 450g *
  2. 1 ulas bawang putih (lagi banyak lagi sedap).
  3. Jus lemon (perah sebiji lemon fresh).
  4. 1 sudu teh jintan putih (tak ada pun tak apa).
  5. 3 sudu besar tahini (boleh beli di kedai Arab tapi kalau tak ada pun tak apa).
  6. 3 sudu besar minyak zaitun.
  7. 1 sudu teh garam.

*Kacang kuda direbus, basuh dan tapis.

Tips beli kacang kuda :

Kalau malas, beli yang dah siap rebus dalam tin instant.

Kalau nak jimat, beli mentah lagi murah +-RM17 sekilo, boleh buat 2 3 kali, tapi kena rebus sendiri lah. Azah rebus pakai instant pressure cooker. Senang je..tekan beans. Siap!

19905169_10155539318984686_2837320065677545610_n.jpg

Cara-cara membuat hummus :

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam alat pengisar. Blend sampai hancur lumat, lembut dan creamy.
  2. Masukkan ke dalam tupperware untuk simpan stok.
  3. Hidangkan dalam mangkuk dan tuang olive oil di atas hummus anda. Makan bersama roti arab.

Siap!

Mudah bukan?

Tak sampai 5 minit pun. Kejap je nak buat. Tapi kejap juga nak habisnya hehehe. Sebab sedap sehingga menjilat jari jemari! Percayalah!

Gambar

19894868_10155539320189686_7878242367446090839_n

Kacang kuda mentah sebelum direbus.

19959163_10155539320274686_5666808702392597160_n

Kacang kuda selepas siap direbus.

19958922_10155539318899686_3316192246882200916_n

Kacang kuda rebus yang ditapis.

19894599_10155539320389686_6260898461033099577_n

Hummus yang baru siap diblend.

19895087_10155539320549686_8748872422003497198_n.jpg

Hummus yang dah siap dihidang dalam mangkuk dan dituangkan minyak zaitun banyak-banyak.

Selamat mencuba! Tapi ingat! Ambik gambar, share kat mana2, #hummusresepiazah .

Terima kasih kerana membaca 🙂

Salam sayang,
AzahAsyraf Shaklee.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s